Tuesday 22 January 2019

KOLEKSI KHUTBAH JUMAAT



MIMBAR
MASJID AL-IRSYAD MMU MELAKA


Untuk memudahkan pencarian contoh Teks Khutbah Jumaat, di bawah merupakan link-link capaian ke Laman Sesawang Jabatan Agama Islam Negeri dan yang berkaitan dengan Teks Khutbah Jumaat sebagai panduan.


1- KHUTBAH JUMAAT NEGERI MELAKA

2- KHUTBAH JUMAAT NEGERI JOHOR

3- KHUTBAH JUMAAT NEGERI SEMBILAN

4- KHUTBAH JUMAAT NEGERI SELANGOR

5- KHUTBAH JUMAAT NEGERI PERAK

6- KHUTBAH JUMAAT NEGERI KELANTAN

7- KHUTBAH JUMAAT NEGERI TERENGGANU

8- KHUTBAH JUMAAT NEGERI KEDAH

9- KHUTBAH JUMAAT NEGERI PULAU PINANG

10- KHUTBAH JUMAAT  NEGERI SABAH

11- KHUTBAH JUMAAT NEGERI SARAWAK

12- KHUTBAH JUMAAT JAKIM 



KHUTBAH KEDUA NEGERI MELAKA


PERIHAL KHOTIB DAN KHUTBAH JUMAAT






Khutbah Jumaat adalah ucapan atau syarahan yang dibaca dan disampaikan sebanyak dua kali berturut-turut oleh khatib yang biasanya dilakukan oleh seseorang imam atau oleh orang yang berkelayakan sebelum menunaikan solat Jumaat.
  Dua Khutbah Jumaat adalah sebahagian daripada syarat sah solat Jumaat dan ianya dianggap sebagai pengganti 2 rakaat lagi solat Zuhur, tanpanya solat Jumaat rosak dan tidak sah. Maka, khutbah Jumaat itu adalah WAJIB. Khutbah Jumaat yang dilaksanakan sebelum mendirikan solat Jumaat ini, mengandungi kata-kata pujian, nasihat, peringatan, ilmu pengetahuan dan pengajaran kepada jemaah Jumaat.
.
RUKUN KHUTBAH JUMAAT
.
Khutbah terbahagi dua iaitu khutbah pertama dan khutbah ke dua. Sebelum menunaikan solat Jumaat, biasanya Imam atau Khatib membacakan duakhutbah yang mana kedua-dua khutbah ini dipisah dengan Khatib duduk sebentar.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَة ِ قَائِمًا ثُمَّ يَجْلِسُ ثُمَّ يَقُوم

Dari Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa, “Rasulullah  berkhutbah pada hari Jumaat secara berdiri, kemudian baginda duduk, kemudian baginda berdiri.” (Hadis riwayat Muslim)
.
.
  1. Khutbah Pertama
.
Khutbah pertama mengandungi:
  1. Pujian kepada Allah سبحانه وتعالى.
  2. Mengucapkan dua kalimah syahadah
  3. Selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ.
  4. Nasihat taqwa; kata pujian, pengajaran dan ilmu pengetahuan.
  5. Membaca sekurang-kurangnya satu ayat dari petikan Al-Quran yang sempurna bersama terjemahan.
  .
.
  1. Khutbah Ke Dua
.
Khutbah kedua sekadar membaca:
  1. Lafaz ‘Hamdalah’ (Alhamdulillah).
  2. Selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
  3. Nasihat ringkas supaya jemaah bertaqwa kepada Allah سبحانه وتعالى.
  4. Berdoa untuk orang-orang mukmin pada khutbah ke-dua.
.
.
PENGISIAN KHUTBAH JUMAAT
.
Pada prinsip dan rukunnya, isi khutbah perlu mengandungi lima perkara berikut:
.
1. Pertama: Ucapan ‘Innalhamda Lillah’
Memuji Allah SWT pada kedua-dua khutbah dalam Bahasa Arab dengan mengucapkan ‘Hamdalah’ (Alhamdulillah) dan disertai lafaz ‘Jalalah’ (lafaz Allah) seperti:
Rukun Khutbah Jumaat 1a
.
2. Kedua: Selawat kepada Nabi SAW
Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada kedua-dua khutbah, contohnya:
Rukun Khutbah Jumaat 2
Selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
.
Atau :
 Rukun Khutbah Jumaat 2a
.
3. Ketiga: Wasiat Taqwa
Mengingatkan, berpesan dan menyampaikan nasihat kepada para jemaah supaya bertakwa kepada Allah SWT seperti:

 (إتّقُوا الله)


“Bertaqwalah kamu kepada Allah…”
 .
Atau:
Rukun Khutbah Jumaat 3
“Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah…”
.
4. Keempat: Membaca Ayat Al-Quran
Membaca sekurang-kurangnya satu ayat Al-Quran yang lengkap pada salah satu dari dua khutbah, tetapi paling afdal pada khutbah pertama.
 Rukun Khutbah Jumaat 4
.
5. Kelima: Doa Untuk Umat Islam Di Khutbah Kedua
Mendoakan setiap Muslim dengan segala perkara yang bersifat ukhrawi (keakhiratan) pada khutbah kedua, sekurang-kurangnya dengan ucapan: “Rahima-kumullah.” atau:
 Rukun Khutbah Jumaat 5
“Ya Allah! Ampunkanlah dosa golongan muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,  sama ada yang masih hidup atau yang telah mati.……”
.
.
SYARAT SAH KHUTBAH JUMAAT
.
Syarat-Syarat sah Khutbah Jumaat
  1. Khutbah disampaikan setelah masuk waktu Zuhur.
  2. Dibacakan khutbah dahulu sebelum bersolat Jumaat.
  3. Rukun-rukun khutbah hendaklah dibaca dalam ntara Arab.
  4. Seseorang Khatib hendaklah duduk sebentar di ntara dua khutbah.
  5. Khutbah dibaca dengan suara yang jelas, terang dan nyata.
  6. Mu’alat (dilakukan berturut-turut) di ntara 2 khutbah.
  7. Mu’alat di ntara dua khutbah dan solat Jumaat.
  8. Makmum mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.
.
.
SYARAT SAH KHATIB
.
Syarat-syarat khatib (penyampai khutbah) ketika membaca khutbah:
  1. Khatib hendaklah berpakaian bersih dan menutup aurat.
  2. Khatib hendaklah suci daripada hadas besar dan hadas kecil.
  3. Khatib hendaklah suci badan, pakaian dan tempat daripada najis.
  4. Khatib mestilah lelaki, tidak sah jika dilakukan orang perempuan.
  5. Khatib hendaklah berdiri pada kedua-dua khutbah itu, jika mampu.
.
.
PERMASALAHAN
.
  1. Rukun-rukun khutbah hendaklah dibaca dalam Bahasa Arab, tidak boleh di baca selain bahasa Arab seperti membaca salawat Nabi dalam Bahasa Melayu.
  1. Khatib duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jika Khatib tidak mampu berdiri dan dalam keadaan duduk, maka ia boleh pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
  1. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami Bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
  1. Mualat bukan hanya antara 2 khutbah sahaja, ia juga perlu dilakukan secara berturut-turut di antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat Jumaat.
.
.
SUNAT-SUNAT KHUTBAH
.
Perkara sunat khutbah yang perlu dilakukan oleh khatib ialah;
  1. Berdiri di atas mimbar atau tempat tinggi.
  2. Memandang dan menghadap ke arah jemaah.
  3. Memberi salam kepada jamaah pada permulaan khutbah.
  4. Memegang tongkat, tombak, pedang atau seumpamanya.
  5. Duduk sebentar di atas mimbar selepas mengucapkan salam.
  6. Membaca Surah Al-Ikhlas ketika duduk di antara dua khutbah.
  7. Memendekkan penyampaian khutbah daripada tempoh melakukan solat.

.
PERHATIAN
  1. Khatib perlu berupaya melahirkan rangsangan para jemaah untuk memberi tumpuan, suara yang jelas, membaca dengan betul dan tepat pada setiap baris ayat-ayat al-Quran dan hadis.
  1. Sistem pembesar suara yang baik, kandungan khutbah perlu mantap, sesuai dan terkini.
  1. Teks khutbah hendaklah disediakan terlebih awal bagi tujuan kelancaran dan tidak menyentuh kehormatan, perasaan dan sesitiviti orang lain.
.

HIKMAT KHUTBAH JUMAAT
.
  1. Menambahkan pengetahuan umat Islam.
  2. Menerima nasihat dan tunjuk ajar berguna.
  3. Menyedari dan menginsafi kekhilafan diri.
  4. Meningkatkan rasa ketaqwaan kepada Allah سبحانه وتعالى.
  5. Dapat mendengar dan mengambil pengajaran daripada khutbah.

.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Kredit SyafiQalbu

Wednesday 16 January 2019

TIPS TEKNIK MENGHAFAZ AL QURAN



#Tip 1 : Betulkan Kefahaman, Menghafal Al-Quran Bukannya Perlumbaan, Tetapi Usaha Sepanjang Hayat!
 Ramai yang tersalah faham bahawa habis menghafal 30 juzuk Al-Quran, tugas mereka telah selesai.
Seolahnya telah confirm masuk syurga dengan hafazan tersebut!
Hakikatnya, menghafal mungkin mudah bagi sesetengah orang, tetapi mengekalkan hafazan tersebut dengan baik memerlukan usaha yang berpanjangan.

Ini kerana sekiranya kita lalai untuk mengulang dan menjaga hafazan tersebut, tanpa kita sedar, sedikit demi sedikit hafazan itu akan hilang.
Oleh itu, sebelum mulakan pengembaraan ini, betulkan niat. Menghafal bukan semata-mata untuk menghabiskan 30 juzuk tersebut.
Tetapi untuk memelihara ayat-ayat Allah sehingga ke hujung nafas yang terakhir!
#Tip 2 : Mulakan Dengan Sedikit Dan Fokus Pada Matlamat Mingguan.
Ramai dalam kalangan kita yang mungkin kerana tidak sabar, mahu menghabiskan hafazan secepat mungkin.
Lalu diletakkan target yang terlalu besar dan sukar dicapai dalam masa yang singkat.
Sebagai contoh, “Aku nak hafal surah al-Kahfi dalam seminggu.” Niat yang baik tetapi strategi yang salah.

Bagi mereka yang baru hendak mula, perkara pertama yang perlu diutamakan adalah membentuk disiplin dalam menghafal.
Jadi mulakan dengan surah-surah pendek. Di permulaan ini, targetnya adalah supaya dapat memperuntukan sedikit masa untuk menghafal.
Sekiranya berterusan, selepas itu menghafal akan jadi lebih mudah.
Pilih surah yang pendek dan yang biasa didengari untuk permulaan.
Kita ambil contoh surah Al-Mulk yang mengandungi 29 ayat, lebih kurang 2 setengah muka surat.
Contoh Praktikal Bagaimana Untuk Bermula :-
1.      Letakkan target kecil untuk setiap minggu. Contohnya 5 ayat seminggu. Jangan gopoh! Ingat di permulaan proses menghafal, apa yang hendak dibina adalah disiplin.
2.      Setelah beberapa minggu, anda sudah terasa mudah untuk menghafal 5 ayat dalam seminggu, tambahkan lagi bilangan ayat dalam seminggu, 7-10 ayat.
3.      Jangan lupa untuk mengulang kembali ayat-ayat yang telah dihafal. Bila-bila masa dan di mana jua anda berada.
Ketika memandu, sebelum tidur dan dalam solat! Ini sangat penting untuk mengelakkan dari hafazan itu hilang.
4.      Raikan diri sendiri apabila anda mencapai target mingguan. Ini sebagai motivasi untuk terus cemerlang.
5.      Sekiranya anda memang orang yang terlalu sibuk, anda tidak semestinya perlu meluangkan masa setiap hari untuk menghafal.
Cukup selang sehari dalam 30 minit setiap hari. Yang penting cuba disiplinkan diri untuk meluangkan masa 30 minit setiap selang sehari untuk menghafal.
Setiap orang berbeza kemampuan menghafal. Oleh itu kenali kekuatan anda sendiri, kemudian letakkan target mengikut kemampuan anda. Jangan terlalu memaksa.
Usahakan untuk mencapai target mingguan dan anda akan lebih bermotivasi untuk terus menghafal.




#Tip 3 : Kenal Pasti Cara Menghafal Quran Yang Baik Dan Sesuai Untuk Anda
Zaman terus berjalan dan berubah. Kalau dulu pada zaman Nabi Muhammad, Al-Quran ditulis di atas pelepah-pelepah tamar.
Dan cara para sahabat menghafaz adalah dengan memperdengarkan bacaan Al-Quran.
Walaupun ayat Quran terpisah-pisah, mereka sangat mudah menghafaz kerana tutur kata seharian menggunakan Bahasa Arab Fushah (formal) sepertimana ayat-ayat Quran.
Kini teknologi telah memudahkan segalanya. Terlalu banyak MP3 bacaan Al-Quran oleh qari-qari terkenal seluruh dunia.
Dengan lagu-lagu yang menarik, memudahkan lagi untuk kita menghafal dan mengingati melodi bacaan Quran tersebut.
Dengan semua kemudahan yang ada hari ini, gunakalah sebaiknya. Gunakan semua pancaindera yang Allah kurniakan untuk menghafaz.
Mata melihat mushaf, mulut mengulang hafazan dan telinga mendengarkan alunan kalam Allah tersebut.
# Tip4 : Jangan Terlalu Stress Kalau Tersalah Ketika Mengulang
Sekuat mana pun hafazan kita, pasti akan melakukan kesilapan juga ketika mengulang. Itu perkara normal. Jangan terlalu menyalahkan diri.
Apa yang perlu dibuat adalah memperbanyakkan lagi mengulang hafazan. Semasa menunggu bas, dalam kereta, memasak dan macam-macam lagi aktiviti harian yang boleh disekalikan dengan mengulang hafazan.
Sentiasa ingat, Allah melihat usaha kita, bukan semata-mata hasilnya
#Tip5 : Mengulang Adalah Kunci
Perkara yang lebih sukar adalah mengulang hafazan. Kebanyakan orang yang mula menghafaz akan berhenti di pertengahan jalan apabila dia tidak disiplin mengulang hafazan.
Ini kerana dia merasakan, apa yang telah dihafaz sebelum ini seperti hilang begitu sahaja. Akhirnya menghilangkan motivasi mereka untuk terus menghafal.
Sebab itu diawal tadi kita bincangkan, menghafal Quran ini bukannya perlumbaan siapa yang habis dulu.
Tapi sejauh mana kita boleh memelihara ayat hafazan tersebut sehingga kita mati. Biar perlahan, yang penting istiqamah.

Kesimpulan 
Anda boleh  menghafal Al Quran, walau sesibuk mana sekalipun anda. Cuba lah cari ruang dalam aktiviti seharian anda, untuk menghafal.
Tidak perlu banyak, hanya 30 minit satu sesi dan seminggu 3 sesi sudah memadai.
Amatlah malang sekiranya kita tidak pernah berazam langsung untuk menghafal Quran sebelum kita menghembuskan nafas yang terakhir.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (54:17)

Quranic Gen

PROGRAM STP MMU 2019


Assalamualaikum


Melalui Unit Agama STAD bersama
Al Irsyad Islamic Center MMU (Melaka)
menganjurkan satu Program

" SMART TAHFIZ PROGRAMME" 2019 







PERJALANAN PRGRAM STP MMU 2019

1- Pertemuan Guru dan Pelajar Adalah Sebanyak 4 kali Seminggu bertempat di Bilik Seminar Seri Ruby STAD dan Masjid Al Irsyad MMU.
Masa perjumpaan adalah fleksi mengikut kesesuaian masa pelajar pada hari dan masa yang ditetapkan didalam jadual i

2- Setiap Kali Pertemuan, Pelajar Akan Membaca Ayat Al Quran Yang Telah di Hafaz Samaada Tasmi' ataupun Muraja'ah di Hadapan Guru Dengan Bacaan Yang Baik dan Lancar.

3- Setelah Selesai Sesi Bacaan, Guru Akan Merekodkan Bacaan Yang Telah Berjaya diHafaz di Dalam Buku Rekod yang di Sediakan.

Butiran Lanjut Berkaitan Sesi Pertemuan, Bolehlah Rujuk di Jadual i



Insha ALLAH Program STP Akan Bermula selewatnya pada awal Bulan Mac 2019 dan Tempat Adalah Sangat Terhad.

Kepada Yang Benar2 Berminat Bolehlah Isikan Maklumat di Borang Yang Disediakan.

BORANG DAFTAR STP MMU 2019

Moga Kita Semua Beroleh Keberkatan.
Aamiiin.

Penyelaras STP MMU 2019